Tuesday 25 October 2011

BELAIAN KASIH SEORANG IBU





MANA MAK ..... 


" Before baca, sila sediakan Tisu"


Mana Mak?'
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu
. Wajah Mak kelihatan resah.

Mak tunggu adik bungsu balik dari 
sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
 Ayah tanya Mak,
“Along mana?’
 Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
 Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
 Ayah tanya Mak“Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga
 jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab
 penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap 
masa dan setiap ketika. 



Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang
 Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
 Ayah tanya Along,
“Mana Mak?” 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.
 Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
 Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 
 Ayah tanya Ateh “Mana Mak?”
 Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
 Ayah tanya Ateh lagi,
"Mana Mak?
 Ateh menjawab, “Entah.” 
 Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
 Ayah tanya Alang,
“Mana Mak?” 
 Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
 Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata 
dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di 
mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"



Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak
 balik!!”Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di 
padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik
Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika 
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"




Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin 
hilang dari bibir anak-anak  Mak . 


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja
 sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu 
mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung
tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan
plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila
 pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak 
buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan
 kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. 
Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. 
Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
 Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau
Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak 
tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah
bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak
 berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke
rumah. Lutut Mak sakit lagi. 
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci
 pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan 
kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah 
cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada
Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.
Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira

menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak
 jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya 
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
 Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.
Mak ajak anak-anak Mak makan kueh

 koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah 
bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu
Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan 

berlari mendakapnya seperti dulu. 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-
anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk 
bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di

kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api 
dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah 
suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. 
Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak 
Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput 
Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak 

usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada 
kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak 
apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih 
ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, 
Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil 
tempat Mak di hati anak-anak Mak


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 Beberapa tahun kemudian
 Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik,
“Mana mak?”. 
 Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak saki

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-

anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. 

Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh 
bersuara. Batu nisan  tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-
anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi 


semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham,
mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang 

lain bukan untuk Mak.




Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak 

pernah diberikan  kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang 
sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau 

"Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak 
memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di
mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di
hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak

perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak 
Cik dan Adik , "Mana mak?" "



 Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik

mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ate
h tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan
Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh
koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari

kereta Ateh..Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan 

"Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan kawan-kawan. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda
dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. 


Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari
ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah
 kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




*JUST TUK TELADAN WAT KAWAN-KAWAN...MCAM MNA KITA BERJAYA PN 
KENANG LAH JASA KEDUA IBU BAPA KITA...HEHEHE


success in your life but you must pround with your father n mother

No comments:

Post a Comment